KERETA BARU VS KERETA LAMA
Bukan nak bergaduh dan bertekak just bagi pendapat
Assalamualaikum semua,
Aku ada satu story. Ada 2 orang pemuda sorang mereka berusia lingkungan 20-an. Mereka sama- sama kerja di tempat yang sama dengan tangga gaji yang sama. RM 3,000
Pada suatu hari mereka berdua beli kereta. Sorang beli kereta SAGA 1.3 FLX yang baru, sorang lagi beli myvi 1.5 tahun 2011 dengan jumlah loan yang sama dan bulanan yang sama iaitu RM 400.
Setelah 1 tahun berlalu, Roadtax dan insurans pun diperbaharui, dengan jumlah NCD yang sama tetapi nampaknya roadtax dan insurans myvi lagi rendah. Mungkin kerana insurans value rendah.
Jadi pada tahun kedua macam- macam berlaku untuk myvi. Tak boleh nak bayangkan satu lagi warranty untuk myvi pun sudah abis.pemuda myvi ni pun hantar bengkel. Woww…dikira dalam rm 5xx la nak nilai repair tu.
Untuk pemuda saga pula memang betul kereta dia tahun kedua pun ada problem tetapi dia tidak keluarkan sedikit pun duit kerana warranty masih ada.
Dan setelah 3 tahun berlalu.2 orang pemuda ni pun gaji naik masing- masing bergaji RM 5,000 kerana pencapaian mereka. Dan 2 orang ni pun bercerita tentang kereta masing- masing. Pemuda myvi pun cerita masalah pada kereta dia dan pemuda saga pun cerita pasal problem kereta dia tapi pemuda saga selama 3 tahun langsung tak keluarkan duit sedangkan pemuda myvi ni keluarkan lebih RM 1K untuk repair dalam setahun.
Akhirnya mereka sama- sama pergi cari affis dan trade in beli kereta baru.
Nota kaki : ni cerita rekaan je bukan betul- betul pun tiada kaitan yang hidup dan mati
Nota ringkas : sila jangan kecam kerana ni just untuk baca santai- santai je
Nota share : jika suka tekan suka jika tak suka sila marah dan jika tak berguna untuk anda jangan share
No comments:
Post a Comment