Sunday, June 25, 2017

New! EXORA 1.6 VVT TURBO REFINEMENT

24/06/2017, SABTU -

Assalamalaikum dan salam sejahtera semua,

 Pada bulan ini, Pihak Proton ada melancarkan Exora terbaru iaitu Exora RF. Exora RF atau refinement (penambahbaikan) ialah Exora generasi terbaru dari Proton. Ia hanya ada dua varian iaitu Proton Exora Executive dan Executive plus sahaja.

 Enjin yang sama masih digunapakai iaitu 1.6 VVT TURBO (CFE) yang membuatkan kereta ini cekap tenaga iaitu 8.3 l/100 km pada kelajuan 90 km/h. untuk bahagian luar pula, masih menggunakan design yang sama tetapi terdapat perubahan pada proton wings di mana grille berwarna black glossy menggantikan chrome dan jadikan exora RF ini lebih garang. Pada bahagian side mirror, led side repeater digunakan dan untuk Exora RF executive plus LED digunakan berbanding exora RF executive guna Lampu kabus biasa. Ketika buka pintu pula bukaan hampir 90%, kita nampak pintu kereta ni fleksibel untuk semua orang. Duduk sahaja kerusi pada executive plus, kerusi jenis kulit yang dijahit dengan kemas berbanding executive, yang masih guna kerusi jenis fabrik. Konsep pada Exora nampak tiada beza tetapi bila kita usik- usik button yang ada material lebih baik berbanding sebelum ini digunakan. Pada executive plus, kita akan nampak steering kawalan audio dan auto cruise - iaitu sistem di mana kita tanpa tekan minyak kita still boleh drive kereta dengan syarat meter pada 25 km/h ke atas. Berbalik pada radio tiada perubahan berlaku masih menggunakan radio 2 din dan bila kita tengok cermin pandang belakang terdapat kamera undur belakang terlekat di situ. Ini memudahkan anda untuk parking dan undur kenderaan. Terlupa pula saya, tentang kunci exora ramai tak tahu yang anda boleh check battery kunci kereta hanya dengan memasukkan kunci dalam slotnya. WOW..syabas proton.

Untuk keselesaan pula, terdapat 10 tempat anda boleh letak air botol anda, 4 di hadapan, 2 di bahagian row pertama dan 2 di bahagian row 3. Bila anda duduk belakang masih terdapat ruang duduk yang selesa walau anda tinggi. Di setiap baris terdapat aircond, total untuk aircond dalam exora ialah 7 blower jadi selesakan untuk semua orang. Tidak lupa juga yang aircond exora boleh control dalam 3 power, 1 - slow, 2 - medium, dan 3 - high. Abis cerita aircond kita cerita pula kerusi belakang. Kerusi ini boleh dinaikkan dengan 1-touch sahaja. Senang dan simple. Dan untuk kerusi pada barisan ke-3, kita dah test ketinggian maximum orang yang boleh duduk. Apa komen mereka, memang boleh beli…dahsyat.

Untuk keselamatan pula, ada sistem cengkapan anti- lock (ABS) dan Electric Brake Distribution (EBD), dan untuk rate ANCAP pula ialah 5 bintang. Ada juga ESC - Electronic Stability Control dan Traction control di mana Exora adalah satu- satunya MPV yang ada sistem keselamatan seperti ini.

“ ESC merupakan teknologi yang direka bagi membantu pemandu mengekalkan kawalan kenderaanya pada kelajuan yang tinggi atau pada permukaan yang licin “
“ TC merupakan sistem yang mampu menggerakkan kereta dari dua permukaan berbeza - licin dan kasar dengan cara kawalan automotik “

Tambahan, LCD belakang 9” menambahkan keriangan pada wajah kanak- kanak kerana ibu bapa boleh buka dvd cartoon seperti upin dan ipin dan ibu/bapa boleh fokus pada pemanduan untuk varian executive plus. Terdapat juga full bodykit dan clading di bahagian tepi kereta membuatkan ramai terpikat dengan exora. Exora executive plus juga menampakkan taring dengan meletakkan warna hitam glossy pada bahagian side mirror, bumbung kereta dan spoiler belakang. Ini membuatkan warna Exora RF executive plus lebih mewah. Alloy wheel 16” juga diperkenalkan pada dua- dua varian.

Warna yang ditawarkan pada Exora RF ialah Carnelian Brown, Cotton white, Ruby Red, Indiana Grey dan Elegant Brown. Dan harga tentative dari RM 65,800 untuk Exora RF executive dan RM 75,800 untuk Exora RF executive plus.

BERMINAT SILA CONTACT
AFFIS ADNAN
01121149576
SALES PARTNER
URUS USAHA SDN BHD

Friday, June 23, 2017

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum semua,

Saya Mohd Affis dari blog car xpert mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

jika nak tengok ucapan video saya => https://www.facebook.com/affis89769/videos/1608461375833774/

ok gang gerak dulu,

Sekian,

AFFIS ADNAN
SALES HEAD
CAR XPERT

proton - hyundai - chevrolet - nissan - ford - mitsubishi


PROMOSI PERODUA OGOS 2023

  ARUZ Rebate sehingga RM 2,000 Free Full Tank Payung Perodua + 20 Hadiah Misteri AXIA, BEZZA & MYVI Axia Free Full Tank Payung Perodua ...